Berkahwin dengan lelaki itu umpama mimpi ngeri bagi Nali. Lelaki yang kedekut, lelaki yang sangat tajam tutur katanya.
“Saya yang cari duit. Makan minum, pakaian awak, tempat tinggal awak pun saya yang sediakan, jadi awak rasa yang awak ni layak nak bersuara ke? Baik awak tutup mulut awak tu, sebab tenaga untuk awak bercakap tu pun datangnya dari duit saya. Faham?” - RAQIB
Dia bertahan sebab dia tak ada kerja, dia tak ada duit, dan dia tak ada tempat nak tuju. Tapi Raqib tak peduli, tetap nak ceraikan dia juga sebab bagi Raqib, dia dan anaknya hanya menyusahkan aje.
“Isteri orang lain kerja hebat-hebat. Cantik-cantik. Bini aku dah macam bibik yang duduk dekat ranking yang paling bawah sekali.” – RAQIB
Tapi, dia berjanji, yang dia akan kembali dan balas segala apa yang lelaki itu dah buat terhadap dia. Dan sebelum dia pergi, dia sempat tinggalkan kenangan yang indah buat lelaki itu juga.
Zaen, lelaki yang muncul tanpa dia minta. Lelaki itu tawarkan untuk membantu dia membalas segala perbuatan Raqib terhadapnya.
“Kahwin dengan saya, dan saya akan bantu awak balas segala perbuatan dia pada awak dan Fahmy dulu.” - ZAEN
“Kita kahwin untuk berapa lama, encik? Apa syarat-syaratnya dan apa balasan yang saya perlu beri kepada pertolongan yang ditawarkan encik ni?” -NALI
Haruskah dia terima tawaran Zaen dan lunaskan segala dendamnya? Dan jika dia terima, perkahwinan mereka itu untuk berapa lama? Dan apakah balasan yang harus dia bayar untuk pertolongan yang ditawar Zaen itu? Tak mungkin Zaen mahu membantunya secara percuma, tak begitu?