Bagi Jia, Lutfi bukan hanya seorang suami. Tapi ibarat nyawanya. Dan membiarkan Lutfi pergi sama saja seperti dia membunuh dirinya sendiri. Namun, dia juga tak mampu menghalang bila Lutfi bertegas ingin kembali kepada Iris, cinta pertama lelaki itu.Puas Jia memujuk supaya Lutfi tidak meninggalkan dirinya. Tapi Lufti juga tidak mahu mengubah keputusannya. Lutfi mahu bercerai. "Jia sayang abang. Jia tak nak berpisah. Jia bersujud di kaki abang. Jia mohon, jangan tinggalkan Jia. Jia sanggup bermadu, tapi jangan tinggalkan Jia, abang, "Tak ada alasan lagi untuk abang kekal bersama Jia. Abang tak pernah cintakan Jia. Sejak dulu, cinta abang hanya untuk Iris." Perasaan Jia meruntun-runtun mendengar bicara suaminya itu. "Abang tetap nak bercerai walau pun Jia sedang mengandung?" Wajah Lutfi berubah. Sanggupkah Lutfi menceraikan Jia sedangkan wanita itu sedang mengandungkan anaknya?