Aku Anoi. Mak Cik Rosnah tu jiran aku. Dan… Sekarang ni hidup aku dalam misteri dan dipenuhi tanda tanya, sebab aku rasa jiran aku ni ada skandal. Skandalnya pula dengan lelaki yang mukanya nampak jambu.
“Kulit dia putih, tinggi, rambut tebal, tak pasti ikal ataupun lurus. Tapi memang kalau kita tengok muka pun, kita tahu yang dia tu spesis anak ikan.” - ANOI
Aku tak boleh nak ceritakan pada sesiapa, sebab Mak Cik Rosnah ni kawan baik mak aku, popular pula tu. Jadi, aku yakin tak ada siapa yang akan percaya cakap aku.
Dalam pada aku sibuk memikirkan Mak Cik Rosnah dan skandalnya, mak aku pula sibuk nak kenenkan aku dengan seseorang. Aku tak mahu, sebab aku tak terdesak, dan aku tak minat.
“Kau suruh dia buat saringan kesihatan dulu. Pastikan dia sihat, tak ada kencing manis, darah tinggi mahu pun sakit jantung. Kalau tidak, ada potensi kau jadi janda muda nanti.” – ALAI
Tapi, dalam pada tak suka, aku tak tahu kenapa aku rasa kecewa bila dengar yang dia bakal jadi menantu orang kaya kat kampung aku tu. Erm… Rasa-rasa sebab apa ya?
“Sebab itulah saya malas nak cakap banyak, sebab saya tahu dah, orang perempuan ni suka fikir yang bukan-bukan. Saya tak cakap apa-apa pun awak dah buat conclusion sendiri kan? Kalau saya cakap banyak, tak tahulah apa yang bakal awak merepek nanti.” -ADAM
Dahlah, aku dah malas fikir, dah malas nak sesakkan fikiran. Soal jodoh, aku tak minta banyak, aku nak lelaki yang kulitnya macam rembang-rembang senja, malam tapi tak berapa nak malam. Tinggi, badan tegap, rambut lurus tapi bukan rebonding. Duit simpanan ada seratus ribu, ada tanah sepuluh ekar dan boleh beri aku hantaran tiga puluh ribu.